VIP Dedaun Alam

Thursday, December 10, 2009

Ubi Badak

Bentuk daun ubi badak putih

Daun ubi badak purple/ungu

Ubi badak putih


Nama botani : Dioscorea alata L
Nama lain : Ubi besar, greater yam

Pengenalan

Ubi badak popular di kalangan masyarakat Melayu di Pantai Timur Malaysia terutama di Kelantan. Ubi ini di tanam kerana permintaan terhadap ubi badak ini tinggi apabila tiba musim tengkujuh, iaitu antara November hingga Disember. Ubi badak tidak ditemui di luar daripada negeri Kelantan dan Terengganu. Tidak ramai yang mengenali rupa ubi badak ini apatah lagi hendak merasa kesedapan isi ubi badak.
Kegunaan

Terdapat dua jenis ubi badak yang menjadi pilihan iaitu ubi badak putih dan ubi badak ungu. Ubi badak putih dan ungu biasanya direbus dan dimakan begitu sahaja kerana isinya agak manis. Ubi ini juga boleh dibuat pengat dan beberapa jenis kuih tradisional Kelantan seperti 'koleh'. Kuih seakan tepung talam. Ubi badak ungu boleh dijadikan kerepek.

14 comments:

  1. salam tuan rumah,

    rasanya ubi badak ini orang Okinawa (pulau2 di selatan Jepun) panggil dgn nama beni imo. Imo ini sudah dicopyrightkan di Okinawa, bermakna ia khas untuk tanaman di Okinawa sahaja. Tak sangka pula beni imo/ubi badak ada di Kelantan.

    wassalam.

    ReplyDelete
  2. Salam JahRera,
    Ubi badak ni merupakan tanaman bermusim di Kelantan. Ubi badak ini dan beberapa jenis ubi lain telah ditanam sejak sekian lama oleh petani di Kelantan. Yg kat Jepun betul ke sama dgn ubi badak yg ni. Ubi badak merupakan tumbuhan beriklim tropika. Dn ianya tumbuh secara meliar di dalam hutan M'sia. Thanks ye kongsi info menarik ni.

    ReplyDelete
  3. I love this ubi badak, teringat masa kecil musim bah makan ni

    ReplyDelete
  4. Ubi badak ni hnya tdapat di Kelantan shj. Jadi, siapa yg pernah mkn ubi jnis ni biasanya org Kelate atau yg pernah tinggal di Kelantan. Ubi badak ni sy bawa ke utara dn ditanam. Setiap thn blh tuai hasilnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. org jawa pun makan ubi badak ni. jawa panggil ubi uwei..gitulah kalau tak silap

      Delete
    2. salam cik , boleh saya tahu encik tanam ubi ini di mana, sebab saya perlukan ubi badak ini, encik tanam di utara di kawasan mana ya?? harap encik boleh bantu.

      Delete
  5. ubi badak banyak kt negara afrika n nigeria juga..p kalo kt msia mmg kt kelantan terengganu je plg banyak

    ReplyDelete
  6. Kat benua Afrika pn ada ye ubi badak ni. Mgkn hmpir seluruh dunia yg cuacanya sesuai ada pkk ubi badak ni. Filipina, Jepun pn ada pkk ubi jenis ni. Lavender Rhea Hana biasa tinggal di benua Afrika ye. TQ kongsi info.

    ReplyDelete
  7. sy xbiasa tinggal kt nigeria.tapi sy sedang jalankan kajian tentang anatomi dioscorea alata neyh. kalo search jurnal luar mmg byk kajian how nk high kan yield n nk produce mcm2 makanan guna ubi ne..syg nya kt msia cm dipandang sepi je.masyarakat kelantan n timur je yg kenal. p sy lebih kepada kajian anatomi di makmal.tapi saya ada germplasm collection jugak kt ladang kampus.:D

    ReplyDelete
  8. Salam, saya ada plan untuk menjalankan kajian tentang ubi badak dan ubi itik, tetapi bnekalan agak sukar untuk diperolehi. Boleh tahu tak, if anyone tahu kat mana untuk dapatkan source yang banyak ubi2 ini. Thanks.

    ReplyDelete
  9. sy ada ubi ni..mmg ssh nk cr..tp benih ada..sy tgh nk komesialkan

    ReplyDelete
  10. Ubi badak adalah makanan yang baik,cuma ketika kita buang kulitnya ia agak berlendir sikit,cuma saya sendiri nak tahu bagaimana nak mengurangkan lendir.

    ReplyDelete
  11. Di Pahang pun ada ubi ni... Tapi lebih dikenali dengan nama Ubi Manis @ Ubi Junjung. Saya ada tanam ubi2 ni ditepi rumah... Harini sarapan Ubi Badak!!

    ReplyDelete
  12. Sy mmg suka mkn ubi badak sebagai sarapan pagi..bulan November or Disember klu balik kelantan mesti beli byk.. Berkilo2 beli... Sebb ubi Di boleh simpan lama...nak simpan gantung setahun pun tahan...tapi ubi ni boleh dpt pada hujung tahun saja... Sy suka yg warna putih sebb isi dia agak keras sikit.. Klu warna purple isi dia agak lembik...

    ReplyDelete