VIP Dedaun Alam

Tuesday, December 29, 2009

Pisang Kaki @ Persimmon

Buah pisang kaki. Buah ini dibeli dari Cameron Highland(RM10=7 biji). Terdapat ladang pisang kaki di sini.



Yang ini pula buah pisang kaki Amerika

Buah pisang kaki Jepun

Inilah rupa pokok pisang kaki (tiada persamaan langsung dengan pokok pisang) daripada spesis diospyros virginiana

Nama botani : Diospyros kaki Linn.
Famili : Ebenacea

Pengenalan

Pisang kaki atau persimmon bukannya tumbuhan tropika. Walaupun diberi nama pisang kaki, pokok atau buah ini tidak sama dengan pisang yang biasa kita lihat. Tidak pasti kenapa pokok ini diberi nama sedemikian. Sungguhpun buah ini disebut pisang dan berwarna kuning tetapi bentuk serta isinya tidak menyerupai buah pisang. Buah pisang kaki berbentuk bulat seakan tomato, berisi rangup dan berbiji ini berasal dari keluarga Ebenacea. Ia ditanam di negara beriklim sejuk seperti Jepun, Amerika dan Eropah.


Kegunaan

Pisang kaki mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin. Ianya bernilai tinggi dari segi perubatan kerana amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu. Serbuk putih yang terdapat pada permukaan buah pisang kaki yang kering juga manis rasanya dan mengandungi manitol, glukos dan vitamin C amat baik untuk paru-paru dan jantung.

2 comments:

  1. huwuwu baru tadi makan pisang kaki..first time kot ~ tu pon kawan yang kenalkan..SEDAP !

    ReplyDelete
  2. Buah pisang kaki atau prsimmon ni mmg sedap. Ramai yg tak kenal pokok pisang kaki dan menganggap ia sama dgn pokok pisang.

    ReplyDelete