VIP Dedaun Alam

Sunday, November 1, 2009

Markisa Medan

Bentuk dan rasa buah markisa Medan ini tidak sama seperti markisa yang terdapat di Malaysia.

Biji dan cecair buah ini sahaja yang boleh dimakan. Biasanya dibuat jus.


Buah markisa ini diperolehi dapat daripada kawan sepejabat yang baru balik bercuti di Medan. Rasanya tak lah sedap mana tapi dah lama penulis mencari markisa untuk ditanam. Bijinya seperti dalam gambar di atas tu dah disemai. Sekarang tunggu masa untuk bercambah dan tumbuh. Bila pokoknya dah tumbuh, gambarnya akan diambil untuk dipost dalam blog ni.

3 comments:

  1. Salam Adry@Daun
    Maaf tak cuba cari kalau2 ada paparan mengenai semaian markisa medan sdra itu. Adakah jusnya kuning seperti markisa kita? Adakah jusnya juga masam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Markisa Medan biasanya tumbuh didataran tinggi, in high elevation. Buah markisa medan kalau benar-benar tua rasanya sangat manis, biasanya dihidangkan sebagai buah meja, tidak di jus.
      Sedangkan markisa yg jusnya berwarna kuning berasa masam ukuran buahnya lebih kecil berwarna purple dan kulitnya lebih keras, buahnya pulp kuning tua dengan biji hitam.
      Markisa medan, tidak tumbuh di Medan hanya banyak dijual disana, sedangkan petani yg menanam berada di dataran tinggi seperti Brastagi, Sidikalang (elavation about 1,000 above sea level).
      Demikian semoga berguna, kebetulan saya orang Medan.

      Delete
  2. Salam Temuk,
    Pkk markisa medan yg saya semai dh tumbuh tp semua mati krn kemarau pjg(suhu mcecah hmpir 40 darjah celcius) di utara Semenanjung pd awl thn ni. Wlpn disiram setiap hari anak2 pokok markisa tetap layu dn akhirnya kekeringan. Jus markisa yg ni bbeza dgn markisa yg terdapat di Malaysia,warnanya agk jernih. Rasanya juga masam tp jus tdk byk spt markisa M'sia.

    ReplyDelete